Skip to main content

Kesarjanaan

JK PKKI

SOP
PENYELIDIKAN (R&D) & PLC
  • Peringkat Kebangsaan (Poster 1)
  • Peringkat Antarabangsa Dalam Negara (Poster 2)
  • Peringkat Antarabangsa Luar Negara (Poster 3)

INOVASI & KIK

  • Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa Dalam Negara (Poster 1)
  • Peringkat Antarabangsa Luar Negara ( Poster 3)

 

BORANG PERMOHONAN PERINGKAT KOLEJ
- Akan dikemaskini -

PLC
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY

PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.

KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK)

PENGENALAN
Sejarah KIK

Bermulanya KIK di KMJ ialah pada tahun 2005 apabila kumpulan pertama di bawah ketua kumpulan Pn Rohana binti Talib dan Fasilitator En Rosli B Abdul Hamid dihantar berkursus Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Bersama-sama Ketua Jabatan Matematik ketika itu iaitu Pn. Hjh Rusilah binti Jais yang diadakan di Casa Ria, Melaka.

Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bil 7 tahun 1991, KMK menggariskan Prinsip asasnya iaitu :

1.Pekerja dianggap sebagai sumber bernilai
2.Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan yg berguna.
3.Bekerja secara berkumpulan.
4.Kreativiti sentiasa digalakkan

Amalan KMK tahun 1991 bertujuan untuk menyelesaikan masalah kualiti dan produktiviti ditempat kerja melalui konsep pengurusan secara penyertaan (participative management). Manakala evolusi seterusnya berlaku pada tahun 2009, disesuaikan dengan perubahan yg berlaku serta penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti, KMK diubah menjadi KIK (kumpulan inovatif dan kreatif).

Akhirnya pada tahun 2016 sehingga sekarang, era baru KIK mengambil tempat sebagai KIKHB (Horizon Baharu) iaitu menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti-produktiviti, kreativiti dan inovasi (CTI-PCI) serta menyokong strategi Blue Ocean kebangsaan, prinsip Inovasi Nilai serta konsep merakyatkan perkhidmatan awam.
MUAT TURUN PANDUAN PENGHASILAN PROJEK
Boleh klik pautan berikut untuk Penerangan lanjut penghasilan dan dokumentasi projek KIK
Buku Panduan Penulisan Aktiviti Kesarjanaan Program Matrikulasi KPM Tahun 2021
- Sekyen D Inovasi
- Sekyen E Kumpulan Inovatif dan Kreatif