Unit Pusat Sumber
HEZLIN BINTI ALI AKBAR
Pustakawan
Maklumat Unit Pusat Sumber
Pengenalan
Pusat Sumber Zaaba (PSZ) berperanan dalam memberi sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar matrikulasi melalui penyediaan kemudahan perkhidmatan dan keperluan koleksi rujukan. PSZ mula beroperasi pada Ogos 2002 sejajar dengan kemasukan pelajar baharu sesi 2002/2003 dengan kekuatan tenaga kerja pada masa itu seramai 6 orang yang terdiri dari 5 orang pegawai khidmat singkat (PKS) dan seorang Pembantu Am Pejabat (PAR). PSZ dari semasa ke semasa merancang untuk pembangunan koleksi yang berkualiti untuk kegunaan warga kolej.
MISI
Pusat Sumber Zaaba sebagai pusat informasi dan sumber rujukan yang memenuhi keperluan warga kolej.
VISI
Pusat Sumber Zaaba sebagai pusat informasi dan sumber rujukan yang memenuhi keperluan warga kolej.
VISI
Beriltizam membangunkan koleksi berkualiti dan variasi serta memberi perkhidmatan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan.
OBJEKTIF
OBJEKTIF
-
Memberi sokongan kepada sistem pendidikan dan latihan formal di kalangan pelajar
-
Menyediakan kemudahan penyelidikan, rujukan prasarana fizikal dan sistem komputer serta keperluan maklumat kepada tenaga pengajar dan kakitangan
-
Menyediakan bahan-bahan perpustakaan untuk keperluan riadah kepada seluruh warga kolej
-
Menggalakkan perkongsian sumber maklumat di antara Kolej-kolej Matrikulasi

Perkhidmatan Kami
PERKHIDMATAN SIRKULASI (PINJAMAN DAN PEMULANGAN)
Keahlian
Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar Kolej Matrikulasi Johor sahaja.
Pendaftaran
Semua warga Kolej Matrikulasi Johor adalah ahli Pusat Sumber secara automatik dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kad matrik pelajar akan digunakan setiap kali urusan pinjaman dan pemulangan, perkhidmatan internet dan perkhidmatan lain.
Peraturan Pinjaman
Koleksi Rak Terbuka
- PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
- KELAB PUSAT SUMBER (KEPS) - Dibenarkan meminjam 6 buah buku untuk tempoh masa 3 minggu
- PENSYARAH DAN STAF - Dibenarkan meminjam 8 buah buku untuk tempoh masa 4 minggu
Bahan Rujukan
- Bahan-bahan rujukan seperti terbitan bersiri, akhbar, majalah, buletin hanya boleh digunakan didalam pusat sumber sahaja
- Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu hanya dengan kebenaran Pustakawan
Pembaharuan Pinjaman dan Tempahan
- Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak 2 kali berturut-turut di kaunter sirkulasi atau melalui sistem web OPAC.
- Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain di kaunter sirkulasi atau melalui sistem web OPAC
- Pengguna perlu menyemak dari masa kesemasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke pusat sumber. Bahan tempahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain selepas 5 hari dari notis tempahan dikeluarkan.
Denda
-
Pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
-
Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga buku dan bayaran pengurusan RM10.00 bagi setiap buku yang hilang
Organisasi Unit Pusat Sumber
HEZLIN BINTI ALI AKBAR
Pustakawan
Emel : hezlin
SYAIFUL NIZAM BIN ABU SHAHIR
Penolong Pustakawan
Emel : syaiful.nizam
NURHAFIZAH BINTI ABDUL JALIL @ AHMAD
Pembantu Pustakawan
Emel : nurhafizah
NUR ASYIKIN BINTI MD SALLEH
Pembantu Pustakawan
Emel : nurasyikin
ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDUL RAHMAN
Pembantu Pustakawan
Emel : abdulaziz_r
ZAHARIAH BINTI ABD KADIR
Pembantu Pustakawan
Emel : zahariah
AFIQAH BINTI NASIR
Pembantu Pustakawan
Emel : afiqah
FIONA IBA
Pembantu Pustakawan
Emel : fiona