Skip to main content

Laporan Kejayaan

Tahniah & Syabas Penerima Anugerah Robotrik sempena Karnival Robotik Program matrikulasi 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Johor atas kejayaan cemerlang dalam Aktiviti Robotrik sempena Karnival Robotik Program Matrikulasi Tahun 2026.
 
Kejayaan ini lebih membanggakan apabila dua pelajar KMJ berjaya menerima pengiktirafan dalam kategori anugerah yang disertai, iaitu:
 
Muhammad Faiq Irsyad bin Rizal
Ikon Robotrik Cemerlang
Anugerah Pemikir Strategik (Team 4 | Robot Operation 1)
 
Nur Damia Syuhada binti Amiruddin
Anugerah Sinergi Unggul
Communication & Network
 
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Cik Salmi Ikhwani binti Selamat, selaku Pensyarah Pembimbing Robotrik, atas bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, kesabaran dan komitmen yang diberikan sepanjang penyertaan pasukan sehingga berjaya mencapai kejayaan ini. Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta Pensyarah Pembimbing Robotrik.
  
Teruskan melakar & memacu kecemerlangan !!!
 
 #kolejmatrikulasijohor
#kmjdihatiku