Skip to main content

Laporan Kejayaan

Kejohanan E-Sukan Matrikulasi 2026 – Mobile Legends: Bang Bang

Syabas dan tahniah buat Team XMV, Team Brand New Day serta seluruh kontinjen KMJ atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan E-Sukan Matrikulasi 2026 – Mobile Legends: Bang Bang yang telah diadakan pada 25-27 September 2026. Kejohanan E-Sukan pada kali ini dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ). Berikut adalah pencapaian kontinjen KMJ pada kejohanan tersebut :
 
1. Naib Johan – XMV
2. Tempat Keempat – Brand New Day
       
Turut membanggakan, pemain KMJ berjaya merangkul beberapa anugerah individu:
 
Most Valuable Player (MVP) Of The Tournament 
Muhammad Azhad Naim bin Zuraime
 
Best Mid Laner
Muhammad Anas bin Ubaidullah
 
Satu pencapaian yang cukup membanggakan buat Kolej Matrikulasi Johor! Kerjasama berpasukan, strategi, fokus dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasil yang gemilang.
 
Teruskan mencipta kejayaan dan mengharumkan nama KMJ di pentas yang lebih tinggi!