Skip to main content

Laporan Kejayaan

Tahniah Pemenang Larian Virtual Matrikulasi Kebangsaan 2026

Larian Virtual Matrikulasi Kebangsaan 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 25 Julai 2026 (Sabtu) secara serentak di semua Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA di seluruh Malaysia. Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) telah diberi kepercayaan sebagai penganjur bagi edisi sulung program ini, yang melibatkan penyertaan daripada 15 Kolej Matrikulasi dan 2 Kolej MARA.

Sebagai penganjur, pihak KMJ ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, urus setia, jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Pihak KMJ juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang penganjuran program ini. Memandangkan ini merupakan penganjuran pertama Larian Virtual Matrikulasi Kebangsaan, segala maklum balas dan cadangan yang diterima amat dihargai bagi menambah baik penganjuran pada masa akan datang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang ditunjukkan, dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.