Skip to main content

Program KMJ

  • Utama
  • Program KMJ
  • Lawatan Kerja KSU Kementerian Pendidikan ke Kolej Matrikulasi Johor

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ke Kolej Matrikulasi Johor

Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg Dato' Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim telah mengadakan lawatan ke Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak bagi meninjau sendiri pendaftaran pelajar baharu Sesi 2025/2026. Pengurusan pendaftaran pelajar berjalan lancar. Seramai lebih 2600 orang pelajar baharu akan memulakan pengajian di Kolej Matrikulasi Johor bagi sesi 2025/2026.
 
YBhg Dato' Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim berkesempatan beramah mesra bersama-sama dengan pelajar, ibu bapa, pensyarah dan seluruh warga kolej. Beliau telah turut menyempurnakan penyerahan dua buah papan pintar untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia