Skip to main content

Program KMJ

Majlis Apresiasi Kecemerlangan KMJ 2026

Majlis Apresiasi Kecemerlangan KMJ 2026 telah diadakan pada 1 April 2026 di Dewan Seri Ledang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azyyati binti Jantan, Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. Terdapat dua (2) kategori anugerah yang disampaikan iaitu anugerah bagi kategori pensyarah & staf serta anugerah bagi kategori pelajar. Seramai 210 orang penerima anugerah bagi kategori pensyarah dan staf. Manakala bagi anugerah kategori pelajar seramai 924 orang penerima. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada KMJ Buskers. Tahniah kepada semua penerima anugerah.