Jambori Matrikulasi Generasi Madani 2026
Tahniah dan Syabas!
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) atas kejayaan cemerlang yang telah diraih dalam Jambori Matrikulasi Generasi MADANI 2026 yang berlangsung pada 26 hingga 28 Jun 2026 di Kolej Matrikulasi Pahang.
Berikut merupakan pencapaian yang telah diraih oleh Kontinjen KMJ:
🥇 Johan – Cabaran Kulinari
🥉 Tempat Ketiga – Cabaran Kulinari
🥇 Pingat Emas – Orienteering Individu (Perempuan)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar serta pegawai pengiring yang telah mengharumkan nama Kolej Matrikulasi Johor.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
#KMJDiHatiku
#KolejMatrikulasiJohor