Hari Usahawan KMJ 2026
Hari Keusahawanan KMJ 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Januari 2026 (Jumaat) anjuran Unit Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Kolej Matrikulasi Johor. Program ini bertujuan memupuk budaya keusahawanan serta meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan dalam kalangan pelajar melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti jual beli dan pengurusan gerai.
Penganjuran program ini telah diserikan dengan penyertaan pelbagai gerai yang menawarkan juadah, pelbagai produk di samping aktiviti sokongan yang menarik dan bermanfaat kepada seluruh warga KMJ.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pelajar Jurusan Perakaunan KMJ atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang tinggi dalam memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran program ini.
✨ Melahirkan Generasi Usahawan Masa Hadapan ✨