Skip to main content

Unit Pusat Sumber

Selamat Datang Pelajar Praktikal Diploma Informatik Perpustakaan, UiTM Kedah ke Kolej Matrikulasi Johor


Seluruh warga Kolej Matrikulasi Johor mengucapkan Selamat Datang kepada guru-guru pelatih Program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya yang akan menjalani Kursus Pengalaman Industri di kolej ini bermula 3 hingga 21 Ogos 2026 serta Selamat Datang kepada pelajar praktikal Diploma Informatik Perpustakaan, UiTM Kedah yang akan menjalani Kursus Pengalaman Industri di kolej ini bermula 27 Julai 2026.

Semoga tempoh kursus ini menjadi platform terbaik untuk menimba pengalaman, memperkukuh pengetahuan, mengasah kemahiran profesional serta membina jati diri yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang Kursus Pengalaman Industri ini menjadi bekalan yang bermakna dalam melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

#KolejMatrikulasiJohor
#KMJDiHatiku