Skip to main content

Unit Sains Komputer

Penataran Pengurusan Pelaksanaan Jurusan Sains Komputer (JSK)


Penataran Pengurusan Pelaksanaan Jurusan Sains Komputer (JSK) mulai sesi 2025/2026 telah diadakan pada 22 April 2025 di Bilik Mesyuarat Seri Cempaka.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Yusof bin Samad, Timbalan Pengarah Sektor Akademik, Bahagian Matrikulasi KPM dan dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi KMJ, Ketua Unit Sains Komputer dan Matematik, Pensyarah Unit Sains Komputer dan Pensyarah Unit Matematik JSK. Turut hadir besama adalah Encik Mohd Noor Hafizee bin Zulkaflee @ Zulkifli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Matrikulasi KPM.
 
Antara pengisian mesyuarat ini adalah taklimat penataran oleh Timbalan Pengarah Sektor Akademik dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Matrikulasi KPM dan lawatan ke Makmal PBL SJK serta Bilik cadangan bengkel PBL.