Blind Date With a Book
Blind Date With a Book merupakan salah satu program galakan membaca yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Zaaba untuk menyokong program Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030. Ianya bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga Kolej Matrikulasi Johor. Warga KMJ yang berminat menyertai aktiviti ini perlu mengikuti peraturan berikut:
1) Peserta perlu hadir ke Pusat Sumber Zaaba untuk memilih buku yang digemari di ruang Blind Date With a Book yang disediakan.
2) Buku tersebut dibalut dengan penuh misteri dan dilekatkan maklumat ringkas dan subjek buku.
3) Peserta perlu meminjam buku tersebut melalui kaunter unit Pusat Sumber.
4) Peserta perlu membaca serta membuat ulasan/sinopsis mengenai buku tersebut menggunakan Borang Penulisan Sinopsis Buku
5) Borang penulisan sinopsis buku yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Unit Pusat Sumber Zaaba melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh peminjaman buku.
6) Setiap penyertaan akan mendapat hadiah cenderahati dari Unit Pusat Sumber Zaaba.
7) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan ulasan/sinopsis. Penyertaan ulasan/sinopsis terbanyak akan mendapat hadiah misteri dari Unit Pusat Sumber Zaaba.
8) Sebarang pertanyaan, sila hubungi petugas Unit Pusat Sumber Zaaba.
Sekian, terima kasih.