Majlis watikah pelantikan badan-badan kepimpinan pelajar Kolej Matrikulasi Johor telah diadakan pada 7 September 2023 melibatkan tiga badan kepimpinan. Badan kepimpinan tersebut ialah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam Matrikulasi (JPPIM). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhamad Fariq bin Che Mee, Pengarah Kolej matrikulasi Johor. Tahniah diucapkan dan Selamat Menjalankan Tugas.

 
1 2
3 4
5 6