EDUFLUENCER 1  EDUFLUENCER 2
EDUFLUENCER 3 EDUFLUENCER 4

 

Kolej Matrikulasi Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 4 orang pensyarah yang telah terpilih dan diiktiraf sebagai Edufluencers KPM bagi edisi 3.0

Pensyarah tersebut adalah :

1. Pn Lim Hwee Cheng
2. Pn Noor Azalina binti Arshad
3. Pn Nurnasuha binti Hashim
4. Pn Syahrul Waheeda binti Mohd Ali @ Mohd Len

Edufluencers merupakan satu program oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU), bertujuan untuk mengiktiraf dan memperkasa guru menjadi ejen perubahan dalam sektor pendidikan.

4 orang pensyarah ini merupakan antara 197 orang pendidik yang terpilih di seluruh Malaysia dan 32 orang pendidik di Negeri Johor bagi Edufluencers 3.0

Tahniah diucapkan. Moga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada pensyarah-pensyarah KMJ untuk menjadi pempengaruh didalam bidang pendidikan.

#kolejmatrikulasijohor
#kmjdihatiku
#edufluencerskpm