Majlis Anugerah Akademik Unit Biologi sesi 2017/2018

Pada 24 Januari 2018, Unit Biologi telah berjaya mengadakan satu majlis untuk menghargai usaha para pelajar dan pensyarah yang cemerlang dalam PSPM1 yang lepas. Majlis Anugerah Akademik Unit Biologi sesi 2017/2018 (semester 1) ini diserikan lagi dengan kehadiran Pn Nor Haslida binti Tahir, Pengarah Kolej Matrikulasi Johor selaku perasmi majlis ini.

Seramai 49 pelajar (PST & PDT) meraih Anugerah Lonjakan Saujana subjek Biologi. Pelajar-pelajar ini dulunya mendapat D/C/C+ dalam SPM. Namun begitu, mereka telah berjaya membuktikan bahawa kegagalan lepas bukan lah penghalang untuk skor A/A- dalam PSPM I & III yang lepas. Kejayaan mereka ini haruslah dijadikan pembakar semangat kepada para pelajar.

Selain itu, Anugerah Kelas Lonjakan Saujana Tertinggi juga telah diumumkan. Antara penerima anugerah ialah Praktikum MS24, MT12, L1S3, L1T1, L2S2 dan L2T3. Manakala, penerima-penerima Anugerah Kelas Min Terbaik pula adalah Praktikum MS24, MT12, L1S3, L1T1, L2S2 dan L1T1.

Di samping itu, Unit biologi juga menghargai para pensyarah dengan Anugerah Pensyarah Kategori Pencapaian Melepasi Min Bahagian Matrikulasi KPM iaitu 3.21.

JUTAAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH!
SEMOGA KECEMERLANGAN INI DITINGKATKAN LAGI SERTA PENJADI PENDORONG KEPADA RAKAN-RAKAN PELAJAR YANG LAIN...

Majlis apresiasi
Pn Norhaslida binti Tahir (Pengarah KMJ) bersama-sama Timbalan Pengarah,
Ketua jabatan Sains, Ketua Unit Biologi dan para pensyarah unit Biologi bergambar
bersama para pelajar yang menerima anugerah Akademik 2017 2018 
Majlis apresiasi 2
Pihak pengurusan bergambar bersama para pensyarah unit Biologi
yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik anak-anak pelajar. 
Majlis apresiasi 4   Majlis apresiasi 10
Pn Rohayu binti Yusof dan wakil kelas MT12 sebagai penerima Anugerah Kelas Lonjakan Saujana Tertinggi dan Anugerah Kelas Min Terbaik (Kategori PST Modul III)   Pn Haliza binti Hassan dan wakil kelas L1S3 sebagai penerima Anugerah Kelas Lonjakan Saujana Tertinggi dan Anugerah Kelas Min Terbaik (Kategori PDT I Modul I)
Majlis apresiasi 9   Majlis apresiasi 8
Pn Wan Noor Syakiran binti Wan Abdul Rashid dan wakil kelas L1T1 sebagai penerima Anugerah Kelas Lonjakan Saujana Tertinggi dan Anugerah Kelas Min Terbaik (Kategori PDT I Modul III)   Pn Mazuin binti Hashim dan wakil kelas L2S2 sebagai penerima Anugerah Kelas Lonjakan Saujana Tertinggi dan Anugerah Kelas Min Terbaik (Kategori PDT III Modul I)
Majlis apresiasi 7   Majlis apresiasi 11
Pn Mazuin binti Hashim dan wakil kelas L2T3 sebagai penerima Anugerah Kelas Lonjakan Saujana Tertinggi (Kategori PDT III Modul I)    Pn Normadiana binti Kamarudin dan wakil kelas L2T3 sebagai penerima Anugerah Kelas Min Terbaik (Kategori PDT III Modul I)
 Majlis apresiasi 3
Unit Biologi juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tn Hj Shah Jahan bin Assanarkutty,
Timbalan Pengarah KMJ yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini serta di atas pelantikan beliau
sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Akademik di BMKPM. Semoga beliau terus cemerlang. 
 Majlis apresiasi 12
Penyelaras program, Pn Rahimah binti Rahmat sedang mengemaskini
susun aturcara kelancaran program bersama pengacara majlis