Karnival Akademik KMJ 2017

Karnival Akademik KMJ 2017 berlangsung pada 31 Mac hingga 1 April 2017. Sesi pemilihan model BIOKIT terbaik telah dijalankan oleh para pensyarah Biologi pada 15 Mac 2017. Sebanyak 10 model BIOKIT oleh pelajar PST dan dua model BIOKIT oleh pelajar PDT telah terpilih untuk dipamerkan pada 31 Mac 2016 sempena Karnival Akdemik nanti. Marilah sama-sama kita mengunjungi pameran ini malah kita dapat mendengar sendiri penerangan oleh ahli kumpulan yang terpilih.

BIOKIT16171

BIOKIT16172

BIOKIT16174

Sekitar aktiviti pemilihan BIOKIT oleh pensyarah Biologi.

Pameran dan pertandingan bagi Karnival Akademik 2017 berlangsung dengan sungguh meriah di Dewan Sri Ledang. Pameran dan pertandingan BioKit oleh pelajar Biologi dikunjungi oleh hampir semua warga KMJ. Pelajar berkunjung ke gerai pameran untuk belajar dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan. Sekitar pameran BioKit:

01biokit   02biokit
03biokit   04terarium
Antara beberapa kumpulan yang menyertai pertandingan BioKit. Pelajar menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan Model BioKit yang terbaik dan mereka yang menyertai pertandingan ini adalah antara 12 kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir.   Selain daripada pertandingan dan pameran BioKit, Karnival Akademik 2017 diserikan juga oleh Model Terarium yang sungguh menarik ini. Model terarium ini juga menjadi model kepada tajuk 'Lake Zonation' dalam Topik Ecology. Model terarium ini dihasilkan oleh beberapa pensyarah Unit Biologi yang diketuai oleh En. Elham bin Ismail.

 

05hakim biokit
06hakim biokit
 Pensyarah-pensyarah Biologi sedang mengadili Model BioKit oleh peserta.
2016 11 02 PHOTO 00019624 1
Kunjungan Puan Pengarah KMJ, Pn. Nor Haslida binti Tahir ditemani oleh Ketua Unit Biologi, En. Elham bin Ismail ke pameran akademik oleh Unit Biologi sempena Karnival Akademik KMJ 2016. Pengarah tidak lokek berkongsi ilmu dengan pensyarah bagi menambah baik bahan yang disediakan untuk P&P. Terima kasih puan