BENGKEL PENGUMPULAN SPESIMEN AMALI SAINS BIOLOGI 2024

Unit Biologi dengan kerjasama pembantu makmal telah melaksanakan satu Bengkel Pengumpulan Spesimen Amali Sains Biologi yang akan digunakan dalam eksperimen Plant Diversity bertempat di Cameron Highland pada 4-5 Januari yang lalu. Lawatan ini disertai oleh 7 orang pensyarah dan 10 orang pembantu makmal.

Bengkel ini bertujuan untuk mengambil spesimen lumut hidup dan mengawet spesimen lumut tersebut, meningkatkan pengetahuan dalam kepelbagaian biodiversity dan  mendapat pendedahan awal tentang spesis yang boleh di awetkan mengunakan kaedah resin epoxy.

Antara spesis lumut tanah tinggi yang akan diambil ialah 

  1. Marchantia sp. (Male)
  2. Marchantia sp. (Female)
  3. Marchantia sp. Gemma cup
  4. Lycopodium sp.
  5. Politrichum sp.
  6. Anthoceros sp.
  7. Benih Pokok Pine.

Rombongan bertolak dari KMJ pada jam 10 malam, 4/1/2024 dan tiba di Cameron Highland awal pagi 5/1/2024. Sejurus tiba, ahli-rombongan telah bertungkus-lumus mencari dan seterusnya melakukan pengambilan sampel yang hidup subur dik

awasan yang sejuk dan beraltitud tinggi. Usaha ini merupakan jalinan kerjasama dan sesi pertukaran ilmu antara pensyarah dan pembantu makmal dalam teknik dan kaedah pengumpulan sampel segar dan nanti akan diteruskan di KMJ untuk proses pengawetan basah dan pengawetan resin.

Unit Biologi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah dan pembantu makmal yang telah mewakili unit untuk mendapatkan sampel segar untuk kegunaan pdp. Setinggi-tinggi terima kasih juga buat pemandu dan pihak pentadbiran KMJ atas kerjasama dan kebenaran yang diberikan. Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi untuk masa hadapan.