Pertandingan Manifesto Pilihan raya 2017
Tarikh: 7 September 2017
Tempat: Dewan Sri Tanjung, Kolej Matrikulasi Johor

 Manifesto Pilihan Raya merupakan salah satu aktiviti kecemerlangan pelajar yang dijalankan sebagai satu aplikasi komunikasi dalam komponen kewarganegaraan. Pelaksanaan Manifesto Pilihan Raya adalah mengikut kaedah bahas ala parlimen yang diubah suai mengikut kesesuaian masa selama 10-15 minit. Aktiviti ini menekankan kemampuan pelajar dari segi komunikasi mengenai isu-isu setempat yang berlaku di kawasan Parlimen. Aktiviti ini dilihat mampu meningkatkan keyakinan pelajar sewaktu memberikan pendapat di khalayak ramai dengan menggunakan bahasa yang tersusun dan idea yang padat. Pelajar juga dilihat dapat menjawab soalan dengan yakin apabila diasak dengan soalan, kritikan dan pendapat daripada pihak lawan. Aktiviti ini mampu mengurangkan kegugupan pelajar pada masa akan datang apabila perlu memberikan dan menjawab soalan





Pertandingan Pengacaraan 2017
Tarikh: 28 September 2017
Tempat: Dewan Sri Ledang, Kolej Matrikulasi Johor

 Pelajar secara berpasangan perlu mengacarakan satu slot rancangan televisyen secara siaran langsung. Bagi pertandingan ini gaya penyampaian dan penggunaan bahasa yang matang amat dititikberatkan selain kreativiti isi rancangan yang dipilih.


Barisan pemenang Pertandingan Pengacaraan, dari kiri Nur Amalia binti Zahid dan Farah Syafinas binti Mahadi yang memperolehi tempat ketiga dengan tajuk rancangan 'Jelalah Ekspedisi, tengah: Johan pertandingan yang diwakili oleh Nor Atira binti Norrudzi dan Nur Ain binti Md Sallem dengan tajuk rancangan 'Teropong Jenayah", manakala di sebelah kanan pula pemenang Naib Johan yang mengacarakan rancangan bertajuk "Ekspedisi Kembara" diwakili oleh Nurfatin Azira binti Karyadi dan Nurul Asyiqin binti Mohamad Khidir.



Pertandingan Temu Duga kemasukan ke Universiti tahun 2018
Tarikh: 28 September 2017
Tempat: Bilik Mesyuarat Sri Cempaka dan Bilik Mini Bankuet, Kolej Matrikulasi Johor


Bagi pertandingan ini pelajar dibahagikan mengikut jurusan mereka iaitu iaitu jurusan perakaunan dan jurusan kejuruteraan. Setiap jurusan dipecahkan kepada kumpulan kecil seperti mana temu duga sebenar dilaksanakan. Bagi setiap kumpulan mereka diperuntukkan masa 20 hingga 30 minit untuk menjalani temu duga tersebut. Setiap kumpulan akan diberikan kepada beberapa slot iaitu slot memperkenalkan diri, soalan yang melibatkan kemahiran penyelesaian masalah, soalan berkaitan isu-isu semasa berkaitan jurusan yang dipohon dan satu slot soalan di dalam Bahasa Inggeris. Semoga pengalaman ini mampu membantu temu duga yang bakal mereka jalani selepas tamat pengajian di Matrikulasi.