PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Kolej Matrikulasi  Johor , dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi:

  • Memastikan semua pelajar mencapai syarat layak kemasukan program ijazah pertama di institute pengajian tinggi;
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti akademik dan pembangunan insaniah yang menyeluruh serta memenuhi keperluan pelanggan;
  • Menyediakan kemudahan akademik dan persekitaran kolej yang kondusif dan selamat bagi pengajaran dan pembelajaran serta semua aktiviti kolej;
  • Memastikan maklum balas yang diberi jelas dan tepat dalam tempoh 5 minit serta memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan;
  • Menyediakan staf yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang masing-masing;
  • Memastikan kebajikan pelajar dan staf sentiasa diberi perhatian dan tidakan sewajarnya;
  • Menerima pandangan, cadangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

Lagu KMJ