Program Jerayawara Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

         

Program Jerayawara Pengarah Bahagian Matrikulasi ke Kolej Matrikulasi Johor telah berlangsung pada 17 Disember 2018 dengan lancar dan sungguh bermanfaat untuk seisi warga KMJ. Walaupun ketibaan barisan delegasi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia agak mengambil masa kerana rintangan jalanan, namun ianya langsung tidak menjejaskan majlis yang telah dirancang itu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Persada Gemilang dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zin Akmal bin Mohd Halid. Seterusnya sesi ucapan oleh Puan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Dr Baiduriah bt Yaakub yang menyentuh pelbagai isu matrikulasi pada hari ini. Ucapan beliau dimulakan dengan menekankan kepada visi dan misi Bahagian Matrikulasi yang menyentuh tentang menjana pelajar berkualiti dalam bidang sains dan teknologi.

Kedua, beliau juga menyebut tentang  tiga elemen budaya yang untuk diserap ke dalam sistem pendidikan di negara ini iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Ketiga, Dr. Baiduriah juga menyentuh tentang Revolusi Industri 4.0 yang mana ia berkisar tentang penggunaan teknologi yang semakin kompleks di abad ini.

Seterusnya, beliau juga ada menekankan tentang mengapa perlu pengakreditan. Terdapat 4 sebab pengakreditan perlu dijalankan, antaranya ialah akuran kepada standard, memberi keyakinan stakeholder, sebagai nilai tambah kepada program matrikulasi dan didaftarkan di bawah MQR (Malaysian Qualifications Register). Perkara terakhir yang disentuh ialah halatuju program matrikulasi ke arah memperkasa program matrikulasi dengan pelaksanaan College of Distinction (CoD). Antara yang dinyatakan ialah Engaged of students (pelajar terlibat dalam pembelajaran secara aktif, pelajar mesti ada asas dalam pembelajaran dan lain-lain) dan Great teaching (pensyarah sebagai fasilitator, Just-in-time-teaching (JiTT) dan lain-lain.

Majlis Jerayawara Pengarah Bahagian Matrikulasi ini tamat pada jam 5.50 petang dengan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama warga Kolej Matrikulasi Johor dan minum petang. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Pengarah Bahagian Matrikulasi bersama delegasi BMKPM di atas kunjungan majlis jerayawara ini. Sehingga berjumpa lagi di lain masa.

 

JST 5998.JPG JST 5988.JPG
JST 6003.JPG JST 5993.JPG
IMG 20181217 WA0047