Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Ilmu Pendidikan IPGM dan Jurnal Penyelidikan Akademik IPGM Jilid 7/2023. Kedua-dua jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan telah diindekskan dalam myJurnal oleh Pusat Sitasi Malaysia.
 
3. Sehubungan itu, BM memanjangkan pelawaan dari IPGM kepada PPP di Bahagian/ Kolej Matrikulasi yang berminat untuk menyumbang artikel yang belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini untuk diterbitkan dalam jurnal tersebut pada bulan Disember 2023. Untuk makluman YBrs. Dr./Tuan/Puan, sumbangan artikel boleh dihantar melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau pada 30 April 2023.
 
4. Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Pn. Salmiah binti Md Salleh di talian 03-83126749 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Dr./ tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
Mariani binti Jaafar
Sektor Dasar dan Perancangan
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-8884 4103/ 012-3686729