Sabtu 10 September 2020 telah berlangsungnya Pertandingan Semarak Pantun Peringkat Kolej Matrikulasi Johor. Seramai 12 orang pelajar telah terlibat dengan mewakili empat kumpulan pantun iaitu Dayang Arjuna, Mawar Mewangi, Srikandi Bestari dan Inderapura. Pihak urusetia telah menjemput hakim Puan Sariah binti Hj Lawani, Pensyarah Kanan Unit Kokurikulum, Kolej Matrikulasi Johor selaku Ketua Hakim, Encik Mohamad Ainan bin Mohamad Anual, Pensyarah Unit Matematik, Kolej Matrikulasi johor dan Puan Norlida binti Ismail, Pensyarah Pengajian Am, Kolej Matrikulasi Johor. Keputusan pertandingan Semarak Pantun telah dimenangi oleh Srikandi Bestari dengan menewaskan kumpulan Inderapura di peringkat akhir. Pertandingan ini dapat mengasah bakat pelajar dalam bidang komunikasi dan mencungkil bakat peserta dalam pantun seterusnya mewakili kolej dalam Pertandingan Merekacipta Pantun Rakan Muda Aktif anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sorotan Semarak Pantun Merdeka pada 10 September 2020

backdrop pantun