16 September 2021 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Sambutan Hari Malaysia dan Festival KMJ Merdeka 2021. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Rozilah binti Mohd Yatim selaku Ketua Jabatan Sastera Iktisas dan Sains Sosial, Kolej Matrikulasi Johor. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor dalam mencungkil potensi pelajar Matrikulasi dan seterusnya menzahirkan semangat cintakan negara. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Kuiz Kenegaraan, Debat Ala Parlimen, Cabaran Membaca Berita Bahasa Ketiga, i-Warisan, Simfoni KMJ, Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Puisi. Semua pertandingan dijalankan secara atas talian bersesuaian dengan norma baharu. Pelaksanaan aktiviti ini telah berubah namun objektif dan impak pertandingan tetap berlangsung dengan jayanya. Ini dibuktikan dengan penyertaan pelajar yang cukup menggalakkan. Semoga penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini membantu mengembangkan lagi potensi pelajar Matrikulasi secara menyeluruh sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bukan akademik. 

Keputusan Pertandingan : https://www.instagram.com/p/CUJs4HRF3_w/ 

photo 2021 09 16 09 49 59