Pada 26 -27 Mac 2021 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2021 Kategori Bahasa Melayu. Kolej Matrikulasi Johor telah menyertai Pertandingan Debat Inter Asasi ini yang berlangsung pada 26-28 Mac 2021 dengan menghantar 2 pasukan debat Bahasa Melayu iaitu KMJ A dan KMJ B. Pasukan KMJB berjaya meletakkan nama Matrikulasi ke kedudukan 8 pasukan terbaik berbanding 25 pasukan yang bertanding. Pasukan KMJ A dan KMJ B juga berjaya berjaya menarik perhatian juri apabila secara hampir majoritinya berjaya dinobatkan sebagai pendebat terbaik.
Pihak Kolej mengucapkan tahniah kepada KMJ A dan KMJ B. Anda telah membuktikan pelajar Matrikulasi boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar asasi universiti yang lain. Semoga anda semua menjadi pendebat yang lebih berkaliber dan berkredibiliti pada masa akan datang.

Link Soroton sepanjang Pertandingan : https://www.instagram.com/p/CNHm4a6Ba6z/

photo 2021 04 04 16 28 23
photo 2021 04 04 16 28 35