Pada 31 Mac 2021 4.00 petang, telah berlangsungnya perkongsian ilmu antara unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor dengan unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Topik perbincangan berfokus kepada Memperkasa kemahiran komunikasi di era digital dan Dilema dan solusi yang berlaku dalam WP001. Puan Nurul Hikmah selaku Ketua unit Pengajian Am KMJ telah membentangkan pelaksanaan program istar KMJ sebagai satu program peningkatan kemahiran insaniah pelajar dalam aspek komunikasi. Perbincangan dan perkongsian ini telah memberi impak yang positif dalam menyelesaikan permasalahan pelaksanaan program sepanjang pandemik covid-19. Pihak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan juga berkongsi idea perancangan unit PAM KMNS sepanjang tahun 2020/2021. Idea pelaksanaan istar KMJ telah diterima baik oleh pihak KMNS dan akan digunapakai dalam pelaksanaan program peningkatan komunikasi pelajar. Kedua-dua pihak juga bersetuju meneruskan sesi perkongsian ilmu dalam mencemerlangkan kursus Pengajian Am Matrikulasi.

Link Soroton Perkongsian Ilmu : https://www.instagram.com/p/CNIwiosll9G/

 

perkongsian ilmu kmj kmns