PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN MERDEKA DAN PERTANDINGAN ILUSTRASI KEMERDEKAAN 2019
PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN & PERTANDINGAN ILUSTRASI KEMERDEKAAN 2019
Read more: PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN MERDEKA DAN PERTANDINGAN ILUSTRASI KEMERDEKAAN 2019
ROBOTRIX 2019
ROBOTRIX 2019
ROBOTRIX 2019 yang diadakan di Kolej Matrikulasi Labuan telah berjaya membawa satu lagi hasil tuaian bagi peserta dari Kolej Matrikulasi Johor. Kumpulan pelajar pertandingan inovasi ini di bawah bimbingan pensyarah Sains Komputer, Cik Nordianah bt Hai Hom telah berjaya merangkul johan bagi pertandingan robotik tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Kolej Matrikulasi Johor. Tahniah!!! sila klik di sini.
Pencarian Siarawan KMJ 2019
Pencarian Siarawan KMJ 2019
Satu pencarian bakat siarawan KMJ telah diadakan bermula 22 - 31 Ogos 2019. Program yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Am Matrikulasi bagi menarik perhatian warga Kolej Matrikulasi Johor terhadap aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang Bulan Kebangsaan 2019. Pelajar akan bersiaran secara langsung dalam memberi hebahan tentang aktiviti tersebut. Program ini dapat memberi impak positif dalam membentuk generasi muda sebagai ikon yang berketerampilan, berpengetahuan luas dan serba boleh.
Bengkel Peningkatan Kemahiran Insaniah 2019 Anjuran Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor
Bengkel Peningkatan Kemahiran Insaniah 2019 Anjuran Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor
Khamis 22 Ogos 2019 bertempat di Kolej Matrikulasi Johor telah berlangsungnya satu Bengkel Peningkatan Kemahiran Insaniah anjuran Unit Pengajian Am Matrikulasi yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi. Seramai 311 orang pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Pembimbing Rakan Dinamik, Sekreteriat Rukun Negara, Ketua Praktikum, Kelab Citra Budaya, JAPPIM, Club Performing Art, Jawatankuasa Blok Kediaman telah menghadiri bengkel tersebut.