PROGRAM UNIT BIOLOGI 29 OGOS 2019
Unit Biologi KMJ menganjurkan program BioModel Exhibition & Brain Games, yang terbuka kepada semua pelajar KMj yang mengambil kursus Biology 1 semester 1 sesi 2019/2020 ini.
Program ini bermula daripada tugasan Semester 1 bagi pelajar S2S dan telah diperkembangkan menjadi satu pertandingan BioModel para pelajar kursus Biology 1 bagi S2S dan S4S. Program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan biologi pelajar dan di samping dapat mencungkil bakat kreativiti pelajar dalam merekabentuk model untuk tujuan PdP yang lebih menarik, berpusatkan pelajar.
BioModel yang terpilih dipamerkan pada 29 Ogos 2019. Semua pelajar KMJ yang mengambil kursus Biology 1 telah dijemput hadir untuk sama-sama belajar sambil bersantai semasa program ini berjalan.
Selain daripada pameran BioModel, para pensyarah mengambil kesempatan ini untuk menyelitkan lebih banyak aktiviti Brain Games supaya para pelajar yang hadir juga dapat belajar atau mengulangkaji topik-topik lain selain daripada topik BioModel tersebut. Para pensyarah menyediakan 'booth' bagi semua topik kursus Biology 1. Pelajar dapat menyertai kuiz atau aktiviti yang disediakan, dan apa yang lebih menarik, ada hadiah disediakan kepada semua peserta. Aktiviti Brain Games ini disediakan bertujuan untuk membantu memperkukuhkan lagi pengetahuan pelajar secara bersantai.
Hasil tinjauan pasukan soal selidik medapati bahawa program ini amat digemari pelajar malah pelajar meminta agar lebih banyak 'booth' disediakan untuk lebih ramai pelajar menyertai aktiviti yang disediakan.
PERTANDINGAN HORIZON KIK/ KIK pdp
PERTANDINGAN HORIZON KIK/ KIK pdp
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada kumpulan Math Learning 4.0 di atas kejayaan yang ditempa dalam Pertandingan Horizon KIK/ KIK pdp yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2019 di IPG KTHO Batu Pahat. Projek yang bertajuk S-D Math Learning ini telah berjaya melayakkan kumpulan ini meraih anugerah GANGSA (kategori Inovasi PdP) dalam pertandingan tersebut. Semoga komitmen dan usaha berterusan ahli kumpulan ini membuahkan kejayaan lagi di masa hadapan.
KEJOHANAN OLAHRAGA MATRIKULASI ZON SELATAN 2019
KEJOHANAN OLAHRAGA MATRIKULASI
ZON SELATAN 2019
26- 28 JULAI 2019
Sekalung ucapan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Kolej Matrikulasi Johor di atas kejayaan penganjuran tuan rumah Kejohanan Olahraga Matrikulasi Zon Selatan 2019 pada kali ini. Semoga kejayaan ini menjadi kenangan dan ingatan buat semua kontinjen. Tahniah sekali lagi. Sila klik (olahraga.kmj.matrik.edu.my) untuk mendapatkan Info dan Buletin Kejohanan Olahraga Matrikulasi Zon Selatan.
MATRICULATION SCIENCE CARNIVAL 2019
MATRICULATION SCIENCE CARNIVAL 2019
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Unit Fizik Kolej Matrikulasi Johor di atas kejayaan yang ditempa dalam Pertandingan Roket yang telah berlangsung pada 26-27 Julai 2019 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kumpulan pelajar ini yang telah dibimbing oleh beberapa orang pensyarah Unit Fizik telah berjaya memenangi Johan bagi kategori roket air kategori sasaran dan tempat ketiga bagi kategori roket payung terjun. Semoga komitmen dan usaha berterusan yang ditunjukkan oleh anak-anak pelajar KMJ ini membuahkan kejayaan lagi di masa hadapan dan menjadi contoh dalam mengharumkan nama Kolej Matrikulasi Johor.