Piala Alumni Matrix (PAM)
Tahniah diucapkan kepada pasukan Frisbee @ultimateowlstar yang terdiri daripada alumni-alumni KMJ kerana telah berjaya menjadi Naib Johan Pool A dalam kategori padang dan tempat keempat dalam kategori gelanggang sempena Piala Alumni Matrix (PAM) yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor pada 23 September 2023. Syabas dan tahniah kerana telah mengharumkan nama KMJ!!!
Naib Johan Pertandingan Bougainvilla Garden Peringkat Daerah Tangkak Sempena Festival Amazing Tangkak
Tahniah diucapkan kepada Kolej Matrikulasi Johor kerana mendapat Naib Johan Pertandingan Bougainvilla Garden Peringkat Daerah Tangkak Sempena Festival Amazing Tangkak bagi Kategori Kolej/Institusi Pendidikan/Latihan. Naib Johan menerima wang berjumlah RM1000. Tahniah seluruh warga KMJ!!!