Bengkel Peningkatan Kemahiran Insaniah 2019 Anjuran Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor
Bengkel Peningkatan Kemahiran Insaniah 2019 Anjuran Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor
Khamis 22 Ogos 2019 bertempat di Kolej Matrikulasi Johor telah berlangsungnya satu Bengkel Peningkatan Kemahiran Insaniah anjuran Unit Pengajian Am Matrikulasi yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi. Seramai 311 orang pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Pembimbing Rakan Dinamik, Sekreteriat Rukun Negara, Ketua Praktikum, Kelab Citra Budaya, JAPPIM, Club Performing Art, Jawatankuasa Blok Kediaman telah menghadiri bengkel tersebut.
Pertandingan Potret Kemerdekaan 2019
Pertandingan Potret Kemerdekaan 2019
Sabtu 24 Ogos 2019 bertempat di DKK4, Kolej Matrikulasi Johor telah berlangsungnya Pertandingan Potret Kemerdekaan Peringkat Kolej Matrikulasi Johor bagi tahun 2019. Pertandingan telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Am Matrikulasi ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari pensyarah Unit Perakaunan sebagai juri pertandingan.
Pertandingan Swafoto Kemerdekaan 2019
Pertandingan Swafoto Kemerdekaan 2019
Pertandingan Swafoto Kemerdekaan 2019 peringkat Kolej Matrikulasi Johor telah berlangsung bermula 19 Ogos sehingga 26 Ogos 2019. Pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Am Matrikulasi ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari pensyarah Unit Biologi sebagai juri pertandingan.
Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu kategori individu dan kategori berkumpulan. Sebanyak 5 peserta dari kategori individu dan 5 kumpulan praktikum telah mengikuti pertandingan ini. Peserta pertandingan perlu memuatnaik gambar swafoto ke instagram dengan #merdeka2019_kmjdihatiku.
Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Kolej Matrikulasi Johor
Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Kolej Matrikulasi Johor
Sabtu 24 Ogos 2019 bertempat di Kolej Matrikulasi Johor telah berlangsungnya Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Kolej Matrikulasi Johor. Pertandingan ini telah diadakan di empat lokasi yang berbeza iaitu di DKB1, DKB2, DKK1 dan DKK3. Pertandingan telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang.
Read more: Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Kolej Matrikulasi Johor