Pemenang MTSF Science Education Award Year 2023
Pada 16 Ogos 2023 yang lalu, kumpulan Inspire dari Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Johor terpilih untuk menghadiri temuduga akhir Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) bagi kategori Science Education Award tahun 2023 di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Inovasi yang diberi nama Bridgtest ini telah berjaya merangkul anugerah tertinggi dengan membawa pulang RM6,000. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 24 Oktober 2023 di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur.
Hasil penciptaan Bridgtest telah berjaya menambahbaik ketepatan penilaian ketahanan struktur jambatan melalui ciri-ciri ciptaannya yang baharu dan unik. Berbanding dengan alat penguji jambatan konvensional, penggunaan scissor jack membolehkan daya yang seragam dikenakan ke atas jambatan yang diuji. Selain itu, Bridgtest turut boleh digunapakai sebagai alat radas amali Hukum Hooke.
Saguhati MTSF Science Education Award Year 2023
Mikroskop cahaya adalah alat yang penting dalam amali subjek Biologi. Mikroskop cahaya adalah salah satu jenis mikroskop yang sering digunakan oleh warga pendidik dan pelajar untuk melakukan pemerhatian dan perbesaran objek mikroskopik seperti sel atau tisu pada haiwan dan tumbuhan. Fungsi mikroskop cahaya adalah untuk mendapatkan gambaran secara lebih besar dan terperinci untuk objek-objek kecil yang tidak dapat terlihat oleh mata manusia secara langsung. Fungsi mikroskop cahaya ini begitu signifikan pada jenis lampu dan jumlah cahaya yang digunakan semasa proses pemerhatian slaid spesimen. Disebabkan oleh kos yang tinggi untuk menyelenggara litar pencahayaan dan penukaran mentol pada mikroskop sedia ada atau pun memperbaharui mikroskop model yang baru, maka kebanyakan mikroskop yang sedia ada di sekolah atau kolej matrikulasi menjadi kurang berkesan dalam pemerhatian slaid. Ini berlaku kerana mentol yang digunakan mulai malap selepas 5 tahun penggunaan. Selain daripada itu, litar pintas yang berlaku di dalam litar sedia ada juga menyebabkan mentol tidak dapat berfungsi. Justeru itu, kumpulan kami telah mencipta satu litar yang lebih mudah dibina dan diselenggara dengan menggunakan mentol LED. Litar elektronik ini dikenali sebagai SISForM. Antara kebaikan SISForM ini, ianya mampu menggunakan 2 mod penggunaan sumber elektrik iaitu sumber elektrik secara terus di palam ataupun menggunakan 'powerbank'. Selain itu, litar ini juga menggunakan kos yang murah iaitu hanya RM18 berbanding RM600 kos penyelenggaraan oleh syarikat swasta. Penggunaan SISForM dalam pengendalian kelas amali terutamanya amali yang melibatkan mikroskop telah banyak memudahkan pelajar dalam pengecaman spesimen, dimana mereka boleh melihat spesimen dengan lebih terang dan jelas. Oleh kerana impak yang positif diperolehi daripada penggunaan kit-litar SISforM ini, ia telah di sebarluaskan di sekolah menengah di sekitar tangkak dan Muar.
LARIAN KAKOM 2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kami warga Jabatan Pengurusan Pelajar amat berbesar hati ingin menjemput SEMUA WARGA Kolej Matrikulasi Johor untuk bersama-sama memeriahkan
🌹Larian KAKOM 2023🌹
Tarikh: 19 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat: ASTAKA, KOLEJ MATRIKULASI JOHOR