SUDUT PIDATO KMJ
SUDUT PIDATO
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
PERASMIAN SUDUT PIDATO TARIKH: 14 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)
TEMPAT: DI HADAPAN PUSAT SUMBER ZAABA
MASA: 8.45 PAGI
ATURCARA:
8.45 pagi Pergerakan Tuan Pengarah ke tempat pelancaran
8.50 pagi Perasmian Sudut Pidato
8.55 pagi Sesi Penggambaran
- Pergerakan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan serta diiringi oleh Ketua EXCO Akademik (Emil Kong Dern Yao) dan Timbalan EXCO Akademik (Lee Wen Jun) ke tempat pelancaran (di hadapan Pusat Sumber Zaaba).
- Seterusnya, Sudut Pidato dirasmikan oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Tn. Hj. Mohd Yusof Bin Samad.
- Menurut Tuan Pengarah, Sudut Pidato yang diwujudkan mesti dimanfaatkan oleh para pelajar untuk mencungkil bakat pelajar dalam pengucapan awam serta memberi kebebasan bersuara kepada pelajar untuk menyuarakan idea-idea konstruktif yang terpendam dalam sanubari pelajar.
- Perasmian diakhiri dengan sesi penggambaran bersama Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Ketua-ketua Jabatan, serta para barisan JPP.
Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer
Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer
Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer 2018 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melatih guru-guru agar mahir dengan pengetahuan dan kemahiran sains komputer, termasuk kemahiran pengaturcaraan dan juga memahami dan menggunakan strategi pedagogi yang sesuai untuk pengajaran pemikiran komputasional dan sains komputer (CTCS).
Pada 11 Nov 2019 telah berlangsung Majlis Konvokesyen CTCS (Computational Thinking Computer Science) di Hotel M Suite, JB.
Seramai 13 orang pensyarah Sains Komputer KMJ telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang telah diadakan pada bulan April 2018.
Penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Pro-Canselor (Strategi) UTM, Prof. Dr. Shahrin Mohammad, serta Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Johor, En. Ab Rahim Bin Lamin, dan Pengarah UTM XCITE, Prof. Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan dan disaksikan oleh Tn Hj. Mohd Yusuf B Samad, Pengarah KMJ.
Read more: Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer
MAJLIS APRESIASI KONTINJEN KMJ 2019
MAJLIS APRESIASI KONTINJEN KMJ 2019
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah mengharumkan nama Kolej Matrikulasi Johor. Tahniah!!!
PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA
PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA
BERITA MENARIK ! Khamis & Jumaat : Hanya pada Hari Jumaat : Ayuh memeriahkan karnival! |
Bersempena KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI JOHOR ???? Autonomous 4.0 Dustbin Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat dan mencuba sendiri Jom ajak kawan ramai2 singgah booth Robotik KMJ!???????? #pelajarberinformasi |