Saguhati MTSF Science Education Award Year 2023
Mikroskop cahaya adalah alat yang penting dalam amali subjek Biologi. Mikroskop cahaya adalah salah satu jenis mikroskop yang sering digunakan oleh warga pendidik dan pelajar untuk melakukan pemerhatian dan perbesaran objek mikroskopik seperti sel atau tisu pada haiwan dan tumbuhan. Fungsi mikroskop cahaya adalah untuk mendapatkan gambaran secara lebih besar dan terperinci untuk objek-objek kecil yang tidak dapat terlihat oleh mata manusia secara langsung. Fungsi mikroskop cahaya ini begitu signifikan pada jenis lampu dan jumlah cahaya yang digunakan semasa proses pemerhatian slaid spesimen. Disebabkan oleh kos yang tinggi untuk menyelenggara litar pencahayaan dan penukaran mentol pada mikroskop sedia ada atau pun memperbaharui mikroskop model yang baru, maka kebanyakan mikroskop yang sedia ada di sekolah atau kolej matrikulasi menjadi kurang berkesan dalam pemerhatian slaid. Ini berlaku kerana mentol yang digunakan mulai malap selepas 5 tahun penggunaan. Selain daripada itu, litar pintas yang berlaku di dalam litar sedia ada juga menyebabkan mentol tidak dapat berfungsi. Justeru itu, kumpulan kami telah mencipta satu litar yang lebih mudah dibina dan diselenggara dengan menggunakan mentol LED. Litar elektronik ini dikenali sebagai SISForM. Antara kebaikan SISForM ini, ianya mampu menggunakan 2 mod penggunaan sumber elektrik iaitu sumber elektrik secara terus di palam ataupun menggunakan 'powerbank'. Selain itu, litar ini juga menggunakan kos yang murah iaitu hanya RM18 berbanding RM600 kos penyelenggaraan oleh syarikat swasta. Penggunaan SISForM dalam pengendalian kelas amali terutamanya amali yang melibatkan mikroskop telah banyak memudahkan pelajar dalam pengecaman spesimen, dimana mereka boleh melihat spesimen dengan lebih terang dan jelas. Oleh kerana impak yang positif diperolehi daripada penggunaan kit-litar SISforM ini, ia telah di sebarluaskan di sekolah menengah di sekitar tangkak dan Muar.
LARIAN KAKOM 2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kami warga Jabatan Pengurusan Pelajar amat berbesar hati ingin menjemput SEMUA WARGA Kolej Matrikulasi Johor untuk bersama-sama memeriahkan
🌹Larian KAKOM 2023🌹
Tarikh: 19 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat: ASTAKA, KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL STEM 2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kami warga Jabatan Sains & Jabatan Matematik amat berbesar hati ingin menjemput SEMUA WARGA Kolej Matrikulasi Johor untuk bersama-sama memeriahkan
🌹Majlis Penutupan Karnival Stem 2023🌹
Tarikh: 17 Ogos 2023 (Khamis)
Masa: 2-5 petang
Tempat: DSL
Banyak aktiviti menarik akan berlangsung💥💥💯
Antaranya:
🌸 AIR MILO & MAGGI LAKSA WARISAN percuma (720 cups sahaja) (9-12tgh hr sahaja... siapa cepat, dia dapat)
🖋️Booth Pameran aktiviti STEM :
🚧Bridge building🌉,
🔋Bateri biojisim📟 ,
🎭Comic 📰,
🧑🔬Chemistry fun🧑🏻🏫🧪
🎬Persembahan teater STEM📺📺🎎
dan banyak lagi ☄️💥🔥☀️
Jangan lepaskan peluang untuk hadir❤️❤️
Kami menantikan kehadiran anda semua🌹🌹🥰🥰
(#Kehadiran wajib utk pensyarah Jabatan Sains & Jabatan Matematik🥰🥰)