AKTIVITI 2023 


 

Bengkel Pembinaan Item Dan Lawatan Penanda Aras
28 Julai 2023
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Pensyarah Unit Sains Komputer dan Jabatan Matematik KMJ berkesempatan hadir dalam bengkel pembinaan item soalan yang dijalankan di Makmal CCNA, UTEM Melaka. Antara pengisian program selama 1 hari itu adalah sesi penerangan bagaimana membina soalan pengujian yang berkualiti serta memenuhi kehendak JPU serta silibus pengajaran. Ianya telah disampaikan oleh TS. Dr Ibrahim B Ahmad, pensyarah dari Fakulti Sains Dan Teknologi Maklumat UTEM.

Semoga ilmu yang diperoleh akan dapat dimanfaat sepenuhnya dalam melaksanakan tugas masing -masing.

utem2

utem1

utem4


 

Majlis Apresiasi Kecemerlangan KMJ 2023
3 Ogos 2023
Dewan Kuliah Besar 1, KMJ

Bagi menghargai usaha dan komitmen semua pensyarah di KMJ umumnya dan  Unit Sains Komputer khususnya dalam melaksanakan tugas dan amanah sepanjang sesi 2022 /2023, satu majlis apresiasi telah diadakan dalam suasana yang harmoni dan sederhana. Majlis penyampaian anugerah serta sijil penghargaan telah disempurnakan oleh tn Pengarah. Majlis tersebuat turut disaksikan bersama oleh timbalan Pengarah serta Ketua Jabatan Akademik.

Semoga para pensyarah Sains Komputer akan terus menyumbang bakti dalam memastikan kejayaan anak didik pada masa hadapan. Tahniah semua.

 posterUSIapresiasi

 


 ikonAktivitiSkomp2020


Lawatan Sambil Belajar ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UM
Pada 28 Februari 2020, Kelab Mix telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya. Seramai 37 orang pelajar dari SDS dan juga SES terlibat dalam lawatan tersebut bersama dengan dua orang pensyarah pengiring. Semoga dengan lawatan ini dapat memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai bidang sains komputer dengan lebih mendalam serta menimbulkan rasa yakin untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer.

IMG 20200713 WA0009

IMG 20200713 WA0012


ikonAktivitiSkomp


 

Karnival ROBOTIK Matrikulasi (ROBOTRIX 2019)
1. Pada 24-26 Ogos 2019,Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Johor telah menghantar penyertaan untuk mewakili Kolej Marikulasi Johor dalam ROBOTRIX 2019 yang bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan. Tahniah kepada pelajar Izzul Fikri Bin Abdul Rahman, Nur Afiffah Binti Ahmad Amin dan Muhammad Harith Haqimi Bin Abdul Rashid kerana menjadi Johan Pingat Emas dalam kategori Makers.


2. Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Kebangsaan Malaysia

Program di bawah penganjuran Mix Club, Unit Sains Komputer telah mengadakan lawatan ke Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat dan beberapa lokasi akademik dalam UKM sebagai pendedahan kepada pelajar sebelum melangkah kaki ke menara gading pada sesi 2019/2020 nanti. Ini adalah acara tetap Mix Club  di mana setiap tahun universiti yang berlainan akan dipilih bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian berkaitan kursus Sains Komputer yang ditawarkan oleh sesebuah universiti. 

DSC 8996mainCover

WebUkm2


3. Majlis Apresiasi 2019

Majlis Apresiasi 2019 bagi menghargai usaha pensyarah dan pelajar di atas sumbangan mereka terhadap pencapaian akademik bagi subjek Sains Komputer pada PSPM 1 dan 3 yang lepas.

webapresiasi1

webapresiasi2

"Mencipta Kejayaan, Merealisasikan Kegemilangan " 
10 Januari 2019


 4. Program kecemerlangan Fetching sepanjang semester 1 (terdiri daripada pelajar yang berpotensi untuk ke gred yang lebih baik)

 

 

5. Program kecemerlangan Execute (terdiri daripada pelajar yang baik yang berpotensi untuk kekal gred A)

 

 

6. Program kecemerlangan Decode (terdiri daripada pelajar yang berpotensi untuk ke gred A)