Aktiviti Unit Perakaunan

PRODUCT COSTING VIDEO (semester 2, SESI 2020/2021

Product costing video merupakan program anjuran bersama Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial dan Unit Perakaunan di bawah Program Fun Learning with JSISS. Program ini adalah aktiviti pembelajaran berasaskan projek bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang penegekosan produk. Pelajar di dalam kumpulan perlu menghasilkan produk sendiri, menunjukkan pengiraan kos produk seunit secara kreatif seterusnya memuatnaik video yang dihasilkan di laman media sosial seperti Instagram dan Youtube. Pelajar berlangsung bermula 1 Februari hingga 15 Februari 2021. Video pelajar yang terpilih dijadikan bahan pameran bagi pembelajaran interaktif pada 23 Februari 2021. 

 

Link video yang terpilih:

Johan

Naib Johan

Ketiga

WhatsApp Image 2021 02 13 at 13.16.51
 

ACTion 2020 (semester 2, sesi 2019/2020)

ACTion 2020 adalah pertandingan Learning Tools dan Application Design yang berkaitan dengan subjek perakaunan. Buat kali ini, julung kalinya Kolej Matrikulasi Johor akan menghantar 2 penyertaan iaitu 1 penyertaan untuk kategori Learning Tools dan 1 penyertaan untuk Application Design.

Pertandingan dijalankan pada 13-15 Februari di KMNS. Pasukan KMJ telah memenangi hadiah saguhati. Tahniah kami ucapkan!

 

action 2020
photo6226421184753412562
 

 PROGRAM 'GEGAR RACE VAGANZA' (semester 2, sesi 2019/2020)


Program ini melibatkan tiga unit Teras iaitu Unit Perakaunan, Unit Pengurusan Perniagaan dan Unit Ekonomi. Program dilaksanakan di bawah program Explorace JSI 2019 anjuran Jabatan Sastera Ikhtisas. Keseluruhan pelajar Jurusan Perakaunan dibahagikan kepada 45 kumpulan dan melibatkan 15 kelas. Program dijalankan pada 15 Disember 2019, semester 2, sesi 2019/2020.  Pelaksanaan program memerlukan pelajar bergerak secara berkumpulan untuk menyelesaikan 16 checkpoint yang telah ditetapkan.

  WhatsApp Image 2019 11 17 at 18.00.01     WhatsApp Image 2019 11 17 at 18.00.00
  WhatsApp Image 2019 11 17 at 18.00.04     WhatsApp Image 2019 11 17 at 18.00.02