CERAPAN PLANET MUSYTARI
CERAPAN PLANET MUSYTARI
Kelab Fizik dengan kerjasama Unit Fizik berjaya melaksana Program Cerapan Planet Musytari julung-julung kalinya. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan Istiqbal Planet Musytari Tahun 2022. Dalam Istiqbal kali ini, planet Musytari berada paling hampir dengan bumi semenjak tahun 1963. Aktiviti ini berjaya dilaksana dengan jayanya. Program ini terbuka kepada pelajar daripada Kelab Fizik dan juga pelajar yang berminat dengan aktiviti-aktiviti yang Kelab Fizik anjurkan.Selain itu terima kasih kepada Pengarah Kolej En Mohd Fariq bin Che Mee dan pihak pengurusan kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz Planet Musytari. Pengerusi Kelab Fizik, Tey Jie Yan berkata, aktiviti seumpama ini berguna untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran fizik. Penasihat Kelab Fizik En Muhammad Hatta dan En Yusri berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi sokongan kepada setiap aktiviti yang kelab laksanakan.
HARI INOVASI KMJ 2022 (HiKMJ 2022)
????REBUT PELUANG ANDA HARI INI????
Anda mempunyai INOVASI dan KIK yang menyokong Pembelajaran Bermakna : Meneraju Kejayaan Masa Depan ?
Jom sertai Hari Inovasi KMJ 2022????????????
⚡️Pelajar (inovasi sahaja) ⚡️
kategori : e-poster
⚡️Pensyarah ⚡️
1. Inovasi :
E-poster, Virtual Presentation, QnA
2. KIK
Laporan, Video dan QnA
Serlahkan bakat kreativiti dan kongsikan amalan pengajaran hebat anda!
Sila layari :
https://mylink.la/bm-1315
Tarikh tutup pendaftaran :
18 Oktober 2022
Tarikh tutup penghantaran bahan : 23 Oktober 2022
Virtual Presentation & Majlis Penutupan : 3 November 2022
Sebarang persoalan,
hubungi:????
Miss Chong Yoke Lai : +60127656375
Pn Hafizah Mujib : +60126552750