Lawatan Penanda Aras & Membina Jaringan ke Studio C dan One Stop Centre, IAB
LAWATAN PENANDA ARAS & MEMBINA JARINGAN KE STUDIO C DAN ONE STOP CENTRE, INSTITUT AMINUDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
Pada 2 Februari 2023, seramai 29 orang pensyarah dan staf sokongan dari Kolej Matrikulasi Johor telah menyertai lawatan penanda aras ke Studio Digital Learning dan One Stop Center (OSC) bertempat di Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Genting Highland, Pahang. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan ICT atau digital yang digunapakai di IAB dalam proses pdp yang boleh dijadikan contoh untuk menambah baik dan meningkatkan kepelbagaian kemudahan ICT di KMJ. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Noor Haslinda Binti Harun, Ketua Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB dan semua pensyarah IAB atas hospitaliti dan kerjasama dalam menjayakan lawatan ini. Diharapkan kemudahan ICT dan digital bagi pdp KMJ akan dapat terus ditambah baik seiring dengan meningkatkan kecemerlangan pelajar di Matrikulasi.
BENGKEL MEMACU KREATIVITI & INOVASI
Tahniah kepada para pensyarah yang berjaya mengikuti Bengkel Memacu Kreativiti dan Inovasi di IAB Genting anjuran JK KiK & Inovasi, KMJ pada 1-3hb Feb 2023 ke arah melahirkan pensyarah KMJ hebat, kreatif berinovasi.
KMJ INNOVATION EXPO
Anda mempunyai idea-idea INOVASI yang menyokong tema Pembelajaran Bermakna Meneraju Kejayaan Masa Depan?
Jom sertai KMJ INNOVATION EXPO KIE 2023????????????
⚡️Terbuka kepada SEMUA pelajar⚡️
????Setiap penyertaan akan menerima sijil
????Ahli kumpulan - seorang pensyarah pembimbing, seorang ketua & 4 orang ahli (max)
????????️Pelbagai hadiah anugerah sedang menunggu anda????️????
Penyertaan adalah PERCUMA‼️ TUNGGU APA LAGI⁉️
Penyertaan adalah TERHAD kepada 45 kumpulan SAHAJA!
Serlahkan bakat kreativiti dan kongsikan amalan pembelajaran hebat anda!
Untuk maklumat lanjut, sila melayari https://mylink.la/kikinovasikmj